Thursday, August 23, 2007

Asam Pedas Ikan Merah



Bahan kisar:
1 biji bawang besar (kecil), ataupun 4-5 sudu bawang merah yg da dikisar
3 ulas bawang putih
1 ibu jari kunyit
1 ibu jari halia
1 ibu jari belacan
1 lada merah

Bahan-bahan lain:
7-8 sudu cili kisar (lebih kurang setengah mangkuk)
1 tangkai bunga kantan, dibelah dua
1 sudu besar asam
ikan merah (3-4 ketul)
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan ikan yg sudah dicuci dgn asam.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, belacan dan lada merah.
3. Hangatkan kuali dan masukkan serai dahulu. Kemudian tumiskan bahan kisar.
4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak.
5. Masukkan air asam dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
6. Kemudian, dimasukkan ikan dan bunga kantan. Masak sekejap kemudian masukkan bende. Didihkan, kemudian angkat.