Tuesday, August 14, 2007

Nasi Ayam Part 1: Sop Nasi Ayam - Chinese Style






















Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
4-6 biji cili padi
sebesar satu ibu jari halia
2 keping kepak ayam yg sudah dicuci dan dipotong lapan
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil dark soy sauce
3 biji bunga lawang, sekerat kayu manis
daun sop
2 mangkuk air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumbukkan bawang putih, cili padi dan halia. Tidak perlu lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk tadi, ayam dgn secawan air di dalam periuk, dan biarkan ia mendidih sehingga ayam empuk dan air itu hampir kering.
3. Masukkan kicap masin dan dark soy sauce. Kemudian masukkan air untuk menjadikan ia sop. Biarkan ia didih.
4. Kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis. Tabuhkan garam secukup rasa.
5. Taburkan daun sop. Kemudian angkat.

Nasi Ayam Part 2 - Sos Cili



Bahan-Bahan:
4 ulas bawang putih
3 biji lada merah
2 sudu gula
1 sudu cuka
2 sudu cili sauce
air

Cara Memasaknya:
1. Blenderkan bawang putih, lada merah dan gula. Masukkan ke dalam periuk sos.
2. Gaulkan perlahan hingga ramuan hangat, kemudian masukkan cuka dan cili sauce.
3. Hangatkan lagi sehingga sedikit mendidih. Kemudian angkat.

Nasi Ayam Part 3 - Ayam Goreng!! Yum Yum..



Bahan-Bahan:
serbuk kunyit
garam
minyak
kepak ayam yg direbus tadi

Cara Memasaknya:
1. Gaulkan serbuk kunyit dan garam kepada ayam.
2. Hangatkan minyak. Kemudian goreng sehingga garing.

Nasi Ayam Part 4 - Rice

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
sebesar setengah ibu jari halia
1 sudu bawang merah yg sudah dikisar
2 bunga cengkih
garam secukup rasa
daun pandan
beras
stok ayam yg sudah direbus tadi

Cara Memasaknya:
1. Basuhkan beras. Gunakan stok ayam sebagai air untuk memasak nasi.
2. Tumbukkan bawang putih dan halia. Masukkan bahan tumbuk bersama bawang merah dan bunga cengkih. Kemudian gaulkan rata.
3. Tabuhkan garam dan letakkan daun pandan. Pentikkan rice cooker kemudian biarkan ia masak.