Sambal Goreng
1/2 bawang besar dihiris
1 biji cili hijau dihiris
1 biji cili merah dihiris
5 ekor udang
2 strips ayam potong
1/2 ikat kacang buncis
3 pkt tempe - dipotong dadu dan digoreng lembab
1 keping tauhu besar + 1 keping tahu kecil - dipotong dadu dan digoreng lembab
1 senduk minyak
1-1/2 sudu asam - dicampur air untuk air asam
1 pkt santan kara triangle
garam secukup rasa
Bahan Blend:
1/2 ibu jari belacan
3 ulas bawang putih
1 btg serai dihiris
3 sudu besar bawang merah kisar
5 sudu besar lada kisar
1/2 ibu jari kunyit
Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan hiris, blend, kacang panjang, tempe dan tauhu.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah yang dihiris dahulu sehingga garing.
3. Kemudian masukkan bahan blend dan gaul sehingga garing.
4. Masukkan ayam dan udang. Tuangkan sedikit air dan biarkan empuk.
5. Tuangkan air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan kacang buncis dan gaulkan. Selepas sayur itu layu sedikit, masukkan tempe dan tauhu. Gaulkan rata.
7. Masukkan santan dan biarkan didih. Kemudian angkat.
<< Home