Thursday, February 28, 2019

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:
Nasi, satu container (atau 4-5 cawan)
7-10 ekor frozen cooked prawns
mixed veggies, ikut citarasa

4 atau 5 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji telur
serbuk lada putih
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan mixed veggie, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukkan serbuk lada putih.
3. Masukkan nasi dan kacau rata. Tabuhkan garam, kacau rata kemudian angkat.

Wednesday, February 27, 2019

Nasi Goreng Pedas

Bahan-bahan:
Nasi, satu container (atau 4-5 cawan)
7-10 ekor frozen cooked prawns
mixed veggies, ikut citarasa

2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih, ditumbuk
setengah ibu jari halia, ditumbuk
sedikit ikan bilis

1 biji telur
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah kisar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar.
2. Masukkan udang dan mixed veggie, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika.
3. Masukkan nasi dan kacau rata. Tabuhkan garam, kacau rata kemudian angkat.

Monday, April 23, 2018

Asam Rebus Ikan



Bahan-Bahan:
1 biji lada merah
setengah ibu jari belacan
satu ibu jari serai
satu ibu jari kunyit
2 sudu besar bawang merah yg sudah dikisar

satu sudu besar asam, diambil airnya
2 mangkuk air
3 tangkai daun kesum

ikan batang
sayur lady fingers
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan ikan dan sayur lady fingers.
2. Kisarkan lada merah, belacan, kunyit dan serai di dalam blender.
3. Hangatkan kuali dan masukkan acuan itu bersama bawang merah, air asam dan daun kesum.
4. Apabila mendidih, masukkan ikan kemudian lady fingers. Taburkan garam.
5. Biarkan empuk. Kemudian angkat.

Sunday, April 22, 2018

Sotong Masak Hitam




Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
1 biji lada merah
setengah ibu jari belacan
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit basah
2 sudu besar bawang merah yang dikisar
1 senduk lada kisar
sedikit hitam sotong
1 sudu besar air asam
1 senduk minyak
sotong yg telah dipotong dan dicuci
air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan sotong yg telah dipotong dan dicuci.
2. Tumbukkan bawang putih, lada merah, belacan, halia dan kunyit basah sehingga lumat.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yg ditumbuk itu sehingga garing.
4. Masukkan bawang merah, lada kisar dan sotong hitam. Kemudian gaul sehingga garing.
5. Tuangkan sedikit air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan sotong dan semangkuk kecil air. Biarkan sehingga sotong empuk. Kemudian angkat.

Tuesday, April 17, 2018

Kari Udang



Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
setengah ibu jari halia
setengah senduk minyak
2 buah pala, 2 bunga cengkih, sedikit kayu manis. 1 bunga lawang,
2 tangkai daun kari
1 sudu besar bawang merah yg dikisar
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu asam
1 mangkuk air
udang
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumbukkan bawang putih, lada merah dan halia sehingga lumat.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali. Masukkan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang.
3. Tumiskan bahan yg ditumbuk bersama daun kari, bawang merah dan serbuk kari sehingga garing.
4. Kemudian masukkan air asam dan didihkan. Masukkan udang.
5. Tabuhkan garam, dan angkat.

Monday, April 16, 2018

Kailan Goreng Belacan


Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 ibu jari belacan
1 sudu besar bawang merah yang dikisar
setengah senduk minyak
2 paket kailan
10 biji straw mushrooms
5 batang baby jagung
air
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Sediakan kailan, mushrooms dan jagung yg telah dipotong dan dicuci.
2. Tumbukkan bawang putih, cili padi dan belacan sehingga lumat.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yg ditumbuk itu sehingga garing.
4. Kemudian masukkan bawang merah dan gaul sehingga garing.
5. Tuangkan sedikit air. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan kailan, mushrooms dan jagung. Layukannya, kemudian angkat.

Sunday, April 15, 2018

Taugeh Goreng Kucai


Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
1 sudu besar bawang merah yang dikisar
setengah senduk minyak
taugeh (60 sen)
kucai (30 sen), di potong
2 tahu kecil, dipotong dan digoreng
air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan tahu, kucai dan taugeh.
2. Tumbukkan bawang putih, cili padi dan ikan bilis sehingga lumat.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yg ditumbuk itu sehingga garing.
4. Kemudian masukkan bawang merah dan gaul sehingga garing.
5. Tuangkan sedikit air. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan taugeh, kucai dan tahu. Gaul rata dan layukannya. Kemudian angkat.

Saturday, April 14, 2018

Peria Goreng Kicap


Bahan-Bahan:
1 biji peria yg dihiris
3 biji fishball yg dihiris

1 sudu kecil udang kering, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
2 biji cili padi, ditumbuk
2 sudu bawang merah yg sudah dikisar
1/2 sudu besar lada kisar

1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos hitam
1 sudu besar cuka

1 senduk minyak makan
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan peria dan fishball.
2. Tumbuk  udang kering, bawang putih dan cili padi. Kemudian, hangatkan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan bahan tumbuk, bawang merah kisar dan lada kisar. Tumiskan acuan sehingga ia garing.
4. Masukkan secawan air dan fishball. Masukkan peria dan biarkan empuk.
5. Masukkan cuka, sos hitam dan kicap masin. Gaul rata, kemudian angkat.

Friday, April 13, 2018

Tom Yum Clear Soup

Bahan-bahan:
udang
ikan fillet
sotong
ayam potong

1.5 liter air (3 mangkuk air)
1 sudu besar stok ayam
2 ibu jari lengkuas, di tumbuk kasar atau diketuk
2 batang serai, dipotong kasar
2 labu bawang merah, dipotong kasar
6 keping daun limau

5 biji limau nipis, di perah airnya (atau 50ml)
7 sudu besar sos ikan (atau 50ml)

8 biji straw mushrooms
1 biji tomato, dipotong

Cara memasaknya: 
1. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan stok ayam, lengkuas, serai, bawang merah dan daun limau. Biarkan hingga naik bau.
2. Masukkan sos ikan dan air limau. Didihkan seketika, kemudian masukkan udang, ikan, sotong, ayam potong dan mushrooms. Didihkan selama 2-3 minit supaya bahan masak.
3. Masukkan tomato, dan biarkan seketika kemudian angkat.

Thursday, April 12, 2018

Sayur Lodeh



Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
1 biji lada merah
2 biji buah keras
1 ibu jari kunyit
1 sudu kecil ikan bilis
setengah senduk minyak
2 sudu besar bawang merah yg dikisar
3 keping daun salam
2 sudu besar santan kelapa atau satu santan kara triangle
air
tahu yg dipotong dan digoreng
tempe yg dipotong dan digoreng
kobis/kacang panjang dipotong
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan sayuran tahu, tempe, kobis dan kacang panjang.
2. Blender bawang putih, lada merah, buah keras, kunyit dan ikan bilis.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yg ditumbuk itu bersama bawang merah dan daun salam sehingga garing.
4. Kemudian masukkan air agar ia berkuah dan didihkan.
5. Masukkan pula sayuran dan tabuhkan garam secukup rasa.
6. Selepas sayuran empuk, masukkan santan kelapa. Kemudian angkat.

Wednesday, April 11, 2018

Butter Prawns


Bahan-bahan:
udang
2 sudu besar bawang merah yang sudah dikisar
1 ulas bawang putih, ditumbuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar praise butter
1 tin susu full cream carnation
sedikit minyak makan
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak dengan api yang kecil, dan tumiskan bawang merah dan bawang putih bersama daun kari.
2. Masukkan praise butter dan biarkan ia cair. Kemudian masukkan susu carnation.
3. Biarkan didih sedikit dan masukkan udang.
4. Taburkan garam, and gaul rata. Kemudian angkat.

Tuesday, April 10, 2018

Ayam Masak Merah



Bahan Blender:
1 btg serai
1 ibu jari halia
3 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (medium) - dipotong 14, digoreng lembab dengan kunyit dan garam
1 tin kecil tomato puri
1 sudu besar rempah kari daging

1/2 senduk minyak
3 buah pelaga
1 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
setengah kayu manis

secawan air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan ayam yang sudah digoreng.
2. Hangatkan minyak, kemudian masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis.
3. Tumiskan bahan blend sampai garing. Kemudian taburkan rempah kari.
4. Masukkan air dan ayam, biarkan ayam empuk.
5. Masukkan tomato puri, dan taburkan garam. Gaul rata, kemudian angkat.

Monday, April 9, 2018

Sayur Kucai Tahu Lembik

Bahan-Bahan:
2 pkt sayur kucai
1 pkt tahu lembik, di potong besar
3 ulas bawang putih, ditumbuk
sedikit ikan bilis, ditumbuk
1 sudu bawang merah yg sudah dikisar
sedikit minyak makan
2 mangkuk air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumbuk bawang putih dan ikan bilis.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bahan tumbuk tadi.
3. Masukkan air, kemudian masukkan kucai dan biarkan empuk. Kemudian masukkan tahu lembik.
4. Bubuhkan garam secukup rasa. Didihkan kemudian angkat.

Sunday, April 8, 2018

Sop Ayam



Bahan-Bahan:
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari kunyit basah
1 ibu jari halia


1 senduk minyak
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji pelaga
sekerat kayu manis

1 sudu besar bawang merah yg dikisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
sedikit serbuk lada hitam
daun sop

1 ekor ayam, dipotong 14
3 biji kentang
air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:

1. Tumbukkan jintan halus, jintan kasar, bawang putih, kunyit basah dan halia sehingga lumat.
2. Hangatkan minyak dan masukkan empat sekawan. Kemudian tumiskan bahan tumbuk itu dan bawang merah sehingga garing. Tabuhkan serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam.
4. Setelah garing, masukkan air dan didihkan. Masukkan pula ayam dan biarkan empuk.
5. Masukkan kentang dan biarkan empuk. Tabuhkan garam secukup rasa. Kemudian angkat.

Saturday, April 7, 2018

Kangkung Goreng Belacan


Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 ibu jari belacan
1 sudu besar bawang merah yang dikisar
setengah senduk minyak
seikat kangkung
air
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Sediakan kangkung yg telah dipotong dan dicuci.
2. Tumbukkan bawang putih, cili padi dan belacan sehingga lumat.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yg ditumbuk itu sehingga garing.
4. Kemudian masukkan bawang merah dan gaul sehingga garing.
5. Tuangkan sedikit air. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan kangkung dan layukannya. Kemudian angkat.

Friday, April 6, 2018

Jemput-Jemput Bawang


Bahan-bahan: 
250g tepung
1 labu bawang, dihiris halus
garam secukup rasa
air

Cara memasaknya:
1. Bancuhkan tepung, bawang dan garam dengan air.
2. Goreng, kemudian angkat. Boleh disajikan dengan sambal tumis atau cili sos.



Thursday, April 5, 2018

Sambal Goreng


Bahan-Bahan: (sukatan 1-2 orang)
1/2 bawang besar dihiris
1 biji cili hijau dihiris
1 biji cili merah dihiris

5 ekor udang
2 strips ayam potong
1/2 ikat kacang buncis
3 pkt tempe - dipotong dadu dan digoreng lembab
1 keping tauhu besar + 1 keping tahu kecil - dipotong dadu dan digoreng lembab
1 senduk minyak
1-1/2 sudu asam - dicampur air untuk air asam
1 pkt santan kara triangle
garam secukup rasa

Bahan Blend:
1/2 ibu jari belacan
3 ulas bawang putih
1 btg serai dihiris
3 sudu besar bawang merah kisar
5 sudu besar lada kisar
1/2 ibu jari kunyit


Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan hiris, blend, kacang panjang, tempe dan tauhu.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah yang dihiris dahulu sehingga garing.
3. Kemudian masukkan bahan blend dan gaul sehingga garing.
4. Masukkan ayam dan udang. Tuangkan sedikit air dan biarkan empuk.
5. Tuangkan air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan kacang buncis dan gaulkan. Selepas sayur itu layu sedikit, masukkan tempe dan tauhu. Gaulkan rata.
7. Masukkan santan dan biarkan didih. Kemudian angkat.

Wednesday, April 4, 2018

Siakap Stim Limau


Bahan untuk dihiris:
1 ibu jari halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
4 biji cili padi
2 batang serai

Bahan lain:
1 ekor siakap
1 sudu sos tiram
1 biji lemon, diperah airnya
air
garam
gula

Cara memasaknya:
1. Di dalam dulang stim, masukkan ikan dan taburkan bahan hiris di atasnya.
2. Masukkan sos tiram, jus lemon, garam, gula dan air.
3. Kukus ikan selama 10-15 minit.

Tuesday, April 3, 2018

Ayam Masak Halia


Bahan-bahan: 
500 gram ayam, potong kecil
sedikit garam dan kunyit
minyak masak, untuk goreng ayam

1 capsicum merah, dipotong

4 ulas bawang putih, hiris nipis
4 cm halia, dihiris halus memanjang
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat

1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada putih

1-1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya: 
1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian tumiskan bawang merah.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
5. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.
6. Masukkan capsicum. Taburkan garam secukup rasa. Gaul rata, kemudian angkat.



Monday, April 2, 2018

Sambal Telur



Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1 ibujari belacan
1 senduk minyak
2 sudu besar bawang merah yg dikisar
2 senduk cili kisar
telur yg telah direbus dan dikopek kulitnya
1 sudu asam, dikacau dengan air (ambil air asamnya)
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan telur yg sudah direbus dan dikopek kulitnya.
2. Tumbukkan bawang putih, lada merah dan belacan sehingga lumat.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yg ditumbuk itu dan bawang merah sehingga garing.
4. Kemudian masukkan cili kisar dan gaul sehingga garing.
5. Tuangkan air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan telur dan didihkan. Kemudian angkat.

Sunday, April 1, 2018

Ikan Goreng




Bahan-Bahan:
serbuk kunyit
garam
minyak
ikan kembong atau selar kuning

Cara Memasaknya:
1. Gaulkan serbuk kunyit dan garam kepada ikan.
2. Hangatkan minyak. Kemudian goreng sehingga garing.

Saturday, March 24, 2018

Ayam Balado Petai


Bahan blender:- gunakan dry blender supaya bahan diblend kasar: 
1 biji bawang merah (medium size)
5 ulas bawang putih
setengah ibu jari halia
setengah ibu jari kunyit
1 biji buah keras
10 biji cili hijau (blend asing dari di atas)

Bahan lain: 
1 ekor ayam, potong 12
7 biji limau nipis
3 helai daun limau
1 batang serai dititik
petai, sukatan ikut suka hati
minyak untuk menumis
1 sudu teh garam

Cara Memasaknya:
1. Lumurkan ayam dengan air limau nipis. Biarkan selama 15 minit hingga meresap. Kemudian goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan serai. Tumiskan bahan blender dan daun limau hingga naik bau.
3. Masukkan cili hijau kisar, dan taburkan garam. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam goreng dan petai. Kacau rata dan biarkan seketika. Kemudian angkat.

Friday, March 23, 2018

Ikan Sweet Sour


Bahan-bahan: 
300g ikan siakap fillet, potong saiz 1 inci
100g tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1 biji telur

2 sudu besar bawang merah kisar
1 ulas bawang putih, ditumbuk

6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

1 biji tomato, dipotong dadu
1 biji capsicum hijau, dipotong dadu
1 biji bawang jepun, dipotong dadu

air
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasaknya: 
1. Campurkan tepung dan baking powder di dalam plastik dan goncangkan sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, kocok telur. Masukkan isi ikan dan gaul biar telur menyaluti ikan sepenuhnya.
3. Amik isi ikan tadi dan masukkannya ke dalam plastik tepung. Goncangkan biar ikan bersalut tepung sepenuhnya.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga sedikit garing. Ketepikan.
5. Dengan kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
6. Masukkan bahan sayur capsicum, tomato dan bawang jepun. Kacau rata.
7. Kemudian masukkan bahan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan biar mendidih sekejap.
8. Masukkan isi ikan, kacau rata dan angkat.

Thursday, March 22, 2018

Nasi Goreng Tom Yam


Bahan-bahan:
Nasi, satu container (atau 4-5 cawan)
7-10 ekor udang kecil, buang kulit dan bersihkan
2 ekor sotong, buang kulit dan potong bulat

2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih, ditumbuk
5 biji cili padi, ditumbuk

1 biji telur
2 sudu besar pes Tom Yam Koong
2 sudu besar sos ikan

1 batang serai, hiris nipis
2 helai daun limau purut, dihiris
2 helai sayur kobis, dipotong kecil
2 helai sawi, dihiris nipis

minyak untuk menumis

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah kisar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar.
2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika.
3. Masukan pes tom yam, sos ikan, serai, daun limau purut. Kacau seketika di atas api perlahan.
4. Masukkan nasi dan kacau rata. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Kacau rata kemudian angkat.


Sunday, March 18, 2018

Kentang Orak Arik Telur


Bahan-Bahan:
2 biji kentang, saiz besar
2 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih
1 sudu besar bawang merah yg dikisar

Cara Memasaknya:
1. Rebuskan kentang, dikupaskan kulit dan dipotong kecil. Asingkan.
2. Kocok telur dengan garam dan lada putih, ketepikan.
3. Tumbuk udang kering dan bawang putih hingga lumat.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersame bawang merah kisar.
5. Masukkan kentang dan gaul. Kemudian masukkan telur.
6. Kacau hingga telur masak kemudian angkat.

Friday, March 9, 2018

Ketola Masak Air



Bahan-Bahan:
1 btg ketola
1/2 pkt suhun, direndam
1/2 bawang jepun, dihiris
3 ulas bawang putih, ditumbuk
sedikit ikan bilis, ditumbuk
1 sudu bawang merah yg sudah dikisar.
sedikit minyak makan
2 mangkuk air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumbuk bawang putih dan ikan bilis.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah kisar dan bahan tumbuk tadi. Kemudian tumis bawang merah yg dihiris.
3. Masukkan air, kemudian masukkan suhun dan ketola, biarkan empuk.
4. Bubuhkan garam secukup rasa. Didihkan kemudian angkat.

Tuesday, March 6, 2018

Kacang Pool


Bahan-bahan:
3 sudu besar bawang merah yg dikisar
6 ulas bawang putih, ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus, ditumbuk
1 sudu kecil jintan kasar, ditumbuk
1-1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 tin kacang pool, buangkan air tin dan lenyekkan
1 mangkuk air
1 senduk minyak
garam
gula

Bahan sampingan:
2 biji lada hijau
1 biji bawang merah
5 biji limau kasturi, dibelah dua
5 biji telur mata lembu

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan jintan2 hingga harum.
2. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk lada putih dan kacau rata. Gunakan api kecil dan tumis sampai minyak naik.
3. Masukkan kacang pool kemudian kacau atas api medium selama 10-15 minit.3. Tuangkan semangkuk air dan kacau rata.
4. Perasakan secukupnya dgn garam dan gula. Kacau, dan angkat.

Monday, March 5, 2018

Tumis Daging Kentang


Bahan-bahan:
200g ayam cincang
2 biji kentang (medium) yg dipotong kecil (atau sesuka hati)

3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji bawang jepun, dihiris

1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan dark soya sos

1 sudu kecil serbuk nutmeg
1/2 sudu kecil stok ayam
1/2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
1 batang daun bawang, dihiris
minyak untuk menumis

Cara Memasaknya: 
1. Goreng kentang, kemudian toskan dan asing.
2. Tumiskan bawang jepun dulu, kemudian bawang putih.
3. Masukkan ayam cincang. Masak sampai berubah warna.
4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan dark soya sos.
5. Masukkan stok ayam, serbuk kari, gula dan garam.
6. Masukkan kentang dan daun bawang. Gaul rata, kemudian angkat.

Sunday, March 4, 2018

Spaghetti Goreng


Bahan-bahan:
3 strips ayam, dipotong kecil (1/2 pkt of the Giant supermarket chicken fillet)
3 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu bawang merah yg dikisar
1 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu dark soy sos
1 sudu kicap masin
250g pasta
1/2 pkt sawi
extra virgin olive oil
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Rebuskan pasta dengan sedikit garam dan olive oil sehingga el-dente. Toskan dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Bubuhkan serbuk lada putih.
3. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan ayam, dan sawi.
5. Kemudian, masukkan pasta dan garam. Gaulkan rata, dan angkat.

Thursday, March 1, 2018

Kerabu Sotong


Bahan-bahan: 
700g sotong
2 biji bawang merah - dimayang
1 biji tomato - dipotong dadu
2 biji cili padi - dihiris
3 batang serai - dihiris
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
7-8 limau nipis, diperah jusnya
gula

Cara Memasaknya: 
1. Celur sotong dengan air panas, kemudian toskan.
2. Campurkan kesemua bahan yg dihiris halus dengan sotong di dalam satu mangkuk besar.
3. Masukkan perahan limau, sos ikan dan gula. Rasa untuk agak jika perlu tambah garam. Gaul rata kemudian angkat.

Wednesday, February 28, 2018

Chicken Onion Tagine (Slow Cooker)


Bahan marinate ayam:
350g ayam potong, atau 4-5 keping kepak ayam
1-1/2 sudu kecil tepung
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk black pepper
1/4 sudu kecil garam
extra virgin olive oil

Bahan bawang untuk Saute:
1 biji bawang jepun, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu kecil serbuk kari
1/8 sudu kecil cinnamon powder
1/8 sudu kecil cayenne powder
extra virgin olive oil

Stock untuk slow-cooker:
1 sudu besar concentrated chicken stock
1 cawan air
raisins sesuka hati
olives sesuka hati

Cara Memasaknya: 
1. Sediakan stock di dalam slow-cooker dan marinate ayam.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga ia masak. Masukkan ke dalam slow cooker.
3. Panaskan sedikit minyak lagi dan masukkan bawang. Gorengkan untuk 1-2 minit biarkan ia translucent.
4. Kemudian, masukkan bawang putih. Gaul sekejap dan taburkan serbuk kari, cinnamon dan cayenne. Masukkan bawang mix itu ke dalam slow cooker.
5. Taburkan raisin dan olives kemudian tutup. Biarkan masak di dalam untuk 1-2 jam. Kemudian angkat.

Tuesday, February 27, 2018

Sop Ikan Merah


Bahan tumis:
sekerat kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar (medium size), dihiris

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 ibu jari halia, ditumbuk
2 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan lain:
500g ikan merah, di potong dan dicuci dgn lemon jus
1 biji lobak merah, dipotong
2 mangkuk air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
daun sup/daun bawang/bawang goreng untuk taburan

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Selepas naik bau, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dihiris. Tumiskan.
3. Masukkan bahan tumbuk, dan tumis sehingga naik bau.
4. Tuangkan dua mangkuk air, dan didihkan air. Kemudian masukkan lobak. Biarkan empuk.
5. Masukkan ikan dan kacau rata. Tabuhkan garam, gaul dan angkat.
6. Taburkan daun sop, daun bawang dan bawang goreng.

Monday, February 26, 2018

Ayam Paprik


Bahan-Bahan:
600g ayam potong, dipotong kecil
1/2 cawan air
1/2 kiub ayam

3 ulas bawang putih, dicincang
1 ibu jari halia, dihiris
1/2 bawang merah saiz medium, dihiris

2 sudu makan lada kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil kicap manis

2 biji cili padi, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris

Bahan Sayuran (dihiris atau potong ikut suka hati):
5 jagung kecil
7 kacang bunchis
1 capsicum hijau, saiz kecil
1 capsicum merah, saiz kecil

Cara Memasaknya: 
1. Bancuhkan kiub ayam ke dalam secawan air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, dan goreng ayam hingga ia putih. Angkat, toskan dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
4. Masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kemudian, masukkan ayam dan gaul rata.
6. Masukkan air stock ayam, cili padi dan daun limau. Gaul rata.
7. Masukkan bahan sayuran dan biarkan 5-8 minit kemudian angkat.

Sunday, February 25, 2018

Spicy Chicken & Mushroom Aglio Olio


Bahan Ayam untuk di-marinate:
300g ayam potong, di potong kecil (1 pkt of the Giant supermarket chicken fillet)
1-1/2 sudu besar lemon
1 sudu besar dried parsley
2 ulas bawang putih, di tumbuk
1/2 sudu kecil garam
extra virgin olive oil (untuk memasak ayam)

Bahan-bahan:
200g button mushrooms (dicuci dan dihiris)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
250g pasta
1-1/2 sudu kecil dried parsley
1/2 sudu kecil crushed red pepper (kalau nak masak utk budak2, jgn masukkan ni)
extra virgin olive oil
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan untuk beberapa minit. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan masakkan ayam. Jangan sampai ayam tu kering. Asingkan di dalam mangkuk tanpa air ayamnya.
2. Rebuskan pasta dengan sedikit garam dan olive oil sehingga el-dente. Toskan dan asingkan.
3. Panaskan minyak dan saute button mushrooms sehingga warnanya golden brown.
4. Tolakkan ketepi dalam pan/kuali dan tumiskan bawang putih.
5. Kemudian, masukkan pasta, parsley dan garam. Gaulkan rata, dan angkat. Kalau nak pedas, taburkan crushed red pepper.

Saturday, February 24, 2018

Donut


Bahan-bahan:
250g tepung
1/2 sudu besar yeast
1 sudu besar shortening
2 tablespoon susu pekat
150ml air suam
gula

Cara Membuatnya:
1. Campurkan tepung, yeast, shortening dan susu pekat, dan gaulkan sehingga rata.
2. Sedikit demi sedikit masukkan air suam dan uli.
3. Uli dengan tangan sehingga tepung itu stretch macam getah.
4. Buatkkan bebola dan potongkan di tengah dengan acuan.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Gorengkan donut dan selepas masak, golekkan dengan gula.

Friday, February 23, 2018

Telur Dhal Masak Lemak


Bahan-bahan:
1/2 ibu jari halia, ditumbuk
1 ibu jari kunyit basah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu besar bawang merah yang dikisar

1/4 cawan kacang dhal, direndam 2-3 jam
2 biji kentang (size medium) kupas, potong 4-6 dan rendam
4 biji telur
1 santan kara triangle
1 kiub pati ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 mangkuk air

Bahan tumis darat:
1 biji bawang besar, dihiris
2 tangkai daun kari, ambil daunnya
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan kasar

Cara Memasaknya:
1. Campurkan kacang dhal dengan semangkuk air dan kiub pati ayam. Rebus hingga lembut .
2. Masukkan halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah kisar. Masukkan kentang dan semangkuk air lagi. Biar hingga kentang lembut.
3. Tabuhkan garam dan gula. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah.
4. Biarkan hingga telur masak, gunakan api kecil. Selepas telur masak, masukkan santan dan gaul.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan, bahan tumis darat dan goreng hingga harum. Kemudian tuangkan ke dalam periuk tadi.

Thursday, February 22, 2018

Tahu Masak Asam Taucho


Bahan-bahan:
2 keping tahu besar dipotong dadu
6 ekor udang dikupas kulitnya

1 batang serai, dititik
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji bawang besar (medium) dihiris
3 batang lada hijau dihiris
1 batang lada merah dihiris

2 sudu tauchu ditumbuk sedikit
1 ibu jari belacan
2 sudu asam
2 mangkuk air

1/2 sudu teh garam (sebab tauchu da masin)
1 sudu teh gula
minyak makan untuk menumis

Cara Memasaknya:
1. Gorengkan tahu kekuningan dan jangan garing. Angkat dan ketepikan.
2. Asam, belacan, tauchu dan semangkuk air dicampurkan dan diramas hingga rata dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan serai yg telah dititik. Lepas itu masukkan bawang putih, bawang besar dan lada hiris. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan taucho ramas dan udang.
5. Tabuhkan garam dan gula. Masukkan semangkuk air lagi jika mahukan lebih kuah.
6. Gaul rata selama 5-10 minit, kemudian angkat.

Wednesday, February 21, 2018

Chinese-style Sliced Fish Soup


Bahan-bahan:
sliced batang fish
sawi jepun
garam secukup rasa
sedikit minyak makan

Bahan stock:
1 cawan ikan bilis (dicuci dulu)
1/4 cawan dried scallops (dicuci dulu)
5 ulas bawang putih, ditumbuk
2 inci halia, dimayang halus

Cara Memasaknya:
1. Perap ikan dengan 1 sudu besar minyak, 1/3 sudu kecil garam, 2 sudu besar air dan lada putih selama 30 minit.
2. Untuk membuat stock, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan ikan bilis dan scallops sehingga naik aroma. Didihkan atas api kecil selama 30 minit.
3. Kemudian, masukkan sawi jepun dan sedikit garam.
4. Masukkan ikan dan kacau lebih kurang 1 minit. Tutupkan api kemudian angkat.

Tuesday, February 20, 2018

Sambal Udang


Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
sedikit belacan
1 setengah senduk minyak
2 sudu besar bawang merah yg dikisar
2 senduk lada kisar
udang
sedikit air asam
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumbukkan bawang putih, lada merah dan belacan sehingga lumat.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yg ditumbuk itu dan bawang merah sehingga garing.
3. Kemudian masukkan lada kisar dan gaul sehingga garing.
4. Tuangkan sedikit air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
5. Masukkan udang dan didihkan. Kemudian angkat.

Monday, February 19, 2018

Kway Teow Goreng Pedas


Bahan-Bahan:
1/2 kilo mee kway teow, dicuci
1/2 pkt sawi, atau ikut suka hati
5-8 biji fishball, dihiris
5 biji udang, dipotong kecil
2 strips ayam, dipotong kecil

2 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu bawang merah yg sudah dikisar

2 sudu sop cili kisar
2 sudu dark soya sos
1 sudu cili sos
1/2 sudu oyster sos

1 senduk minyak makan
1 cawan air
serbuk lada putih secukup rasa
garam

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan mee, ayam, udang, fishball, dan sayur sawi.
2. Tumbuk bawang putih, kemudian hangatkan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan bawang putih, bawang merah yg dikisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan lada kisar dan tumis.
5. Masukkan secawan air kemudian batang sawi, udang, ayam dan fishball. Bubuhkan sedikit garam.
6. Biarkan empuk, kemudian masukkan kway teow.
7. Kacaukan hingga rata, dan masukkan secawan air dan daun sawi.
8. Kacaukan rata, kemudian angkat.

Sunday, February 18, 2018

Asam Pedas Ayam Sayur Asin


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong 14
1 paket sayur asin (kalau boleh pilih yg ada green leaf), dipotong ikut suka hati

3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji lada merah, ditumbuk
1 ibu jari belacan, ditumbuk
1/2 ibu jari kunyit, ditumbuk

2 sudu besar bawang merah yg sudah dikisar
5 sudu besar lada kisar

minyak untuk menumis
1 batang serai, di titik
1 tangkai daun kesum
1 sudu besar asam

Cara Memasaknya:
1. Hangatkan kuali dan tumiskan serai. Kemudian masukkan bahan tumbuk bersama bawang merah dan daun kesum. Tumis sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan lada kisar dan gaulkan sehingga garing. Selepas itu masukkan air asam.
3. Apabila mendidih, masukkan ayam dan biarkan empuk.
4. Masukkan sayur asin. Tabuhkan sedikit garam (atau tidak perlu masukkan garam langsung) sebab sayur asin sudahpun masin. Didihkan, kemudian angkat.

Saturday, February 17, 2018

Ayam Masak Kicap


Bahan-Bahan:
6-7 keping kepak ayam, saiz besar, digaul dengan kunyit garam
1/2 bawang besar medium, dihiris
1 biji lada merah, dibelah dua
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato
1/2 biji lemon, diperah jusnya
2 ulas bawang putih*,
1 sudu kecil jintan putih (cumin)*, (*ditumbuk)
2 sudu besar bawang merah kisar
garam secukup rasa
secawan air
mintak untuk menumis

Cara Memasaknya:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga hampir garing.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kisar, bawang putih dan jintan putih.
3. Masukkan kicap dan sos tomato. Jika kuahnya terlalu pekat, masukkan air. Tabuhkan garam secukup rasa.
4. Masukkan ayam goreng dan gaulkan. Masak sehingga sebati.
5. Masukkan jus lemon dan angkat.

Friday, February 16, 2018

Telur Dadar Bawang


Bahan-bahan: 
4 biji telur
1/2 biji bawang merah (medium size), dihiris
serbuk lada putih secukup rasa
garam secukup rasa
minyak

Cara Memasaknya: 
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, dan masukkan bawang merah, serbuk lada putih dan garam.
2. Kacaukan dengan garpu.
3. Panaskan minyak dan goreng.

Monday, March 10, 2014

Sawi Jepun Goreng Sos Tiram



Bahan-Bahan:
satu packet sawi jepun
3 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dimayang halus
sedikit minyak makan
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
2. Masukkan sos tiram kemudian sawi jepun. Masak hingga setengah masak kemudian angkat.

Sunday, March 9, 2014

Udang Black Pepper






















Bahan-Bahan:
udang
1/2  sudu kecil kunyit serbuk

1 labu bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 ibu jari halia - dihiris

3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam

sedikit minyak makan
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang sehingga setengah masak. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
4. Masukkan bawang merah dan goreng hingga hampir layu.
5. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan serbuk lada hitam.
6. Masukkan udang dan gaulkan sekejap kemudian angkat.

Wednesday, January 9, 2013

French Toast

Bahan-Bahan:

2 biji telur
1/2 cawan susu carnation
6 keping roti
minyak

Cara Memasaknya:
1. Kacaukan telur dan susu.
2. Rendamkan roti dan goreng.

Tuesday, January 8, 2013

Begedil Kentang


Bahan-Bahan:

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang putih
1 sudu makan jintan halus

5 biji kentang - direbus & ditumbuk
1/2 cawan bawang goreng
2 pelepah daun sop
5 pelepah daun bawang
daging cincang (2 genggam - agak2 half of 500g)
garam secukup rasa
telur

Cara Memasaknya:
1. Sediakan kentang yang sudah direbus dan ditumbuk
2. Tumbukkan bawang putih, dan jintan halus sehingga lumat. Kemudian gaulkan bahan tumbuk dengan kentang.
3. Gaulkan bawang goreng, daun sop dan daun bawang dengan kentang.
4. Masukkan daging cincang dan gaulkan.
5. Kepal2 kentang itu. Sediakan telur dan hangatkan minyak.
6. Goreng, kemudian angkat.

Sunday, January 6, 2013

Sambal Belacan

Bahan-Bahan:

Sepotong belacan penang (kalau pakai belancan bulat, gunakan separuh)
4 biji lada merah
4 biji cili padi
1 ibu jari air asam
1 sudu gula

Cara Memasaknya:
1. Goreng belacan.
2. Sediakan air asam di dalam mangkuk, biarkan ia pekat.
3. Tumbukkan belacan, lada merah dan cili padi.
4. Masukkan bahan tumbuk itu ke dalam air asam, gaulkan dengan gula.

Saturday, January 5, 2013

Paru Masak Singgang


Bahan-Bahan:
1/2 kilo paru - direbus, dipotong dadu dan digoreng lembab

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
1/4 ibu jari belacan

1 biji bawang merah - dihiris
1 biji lada hijau - dihiris
2 biji lada merah - dihiris

setengah senduk minyak
sedikit air asam
semangkuk air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan paru.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yg ditumbuk itu dan kemudian bawang merah sehingga garing.
4. Masukkan lada hijau dan lada merah.
5. Tuangkan sedikit air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan paru dan didihkan. Kemudian angkat.

Thursday, January 3, 2013

Cili Kicap


Bahan-Bahan:

8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu cuka
kicap masin

Cara Memasaknya:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih
2. Masukkan cuka dan kicap masin.


Wednesday, January 2, 2013

Sadin

Bahan-Bahan: (sukatan 1-2 orang)
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili hijau dihiris
1 biji tomato dihiris

1/2 senduk minyak
1 senduk lada kisar
1 tin sadin
sedikit cuka
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan hiris.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang hiris dan lada kisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan sadin, dan gaulkan rata.
4. Tabuhkan garam secukup rasa dan juga cuka.
5. Gaul rata, kemudian angkat.

Tuesday, April 3, 2012

Sambal Sotong Tin

Bahan-Bahan:
4 ulas bawang putih
1/2 bawang besar dihiris
1 setengah senduk minyak
2 sudu besar bawang merah yg dikisar
2 senduk lada kisar
sotong tin, dibuang sos nya dan dicuci dgn air cuka, 1 sudu
sedikit air asam
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan sotong tin.
2. Tumbukkan bawang putih, lada merah dan belacan sehingga lumat.
3. Hangatkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yg ditumbuk itu dan bawang merah sehingga garing.
4. Kemudian masukkan lada kisar dan gaul sehingga garing.
5. Tuangkan sedikit air asam. Biarkan didih dan tabuhkan garam.
6. Masukkan sotong dan didihkan. Kemudian angkat.

Thursday, February 2, 2012

Mee Hoon Tauchu



Bahan-Bahan:
1 pkt mee hoon, direndam
sayur sawi, sukatan mengikut citarasa
5-8 biji fishball, dihiris
5 biji udang, dipotong kecil
2 strips ayam potong, dipotong kecil

3 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu bawang merah, ditumbuk
3 sudu tauchu, ditumbuk

2 sudu sop lada kisar
1 senduk minyak makan
1 cawan air
1 sudu makan cuka
serbuk lada putih secukup rasa
garam secukup rasa
kicap

4 biji lada merah / hijau, untuk dibuat lada jeruk

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan mee, ayam, udang, fishball, sayur sawi
2. Hangatkan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk, bawang merah yg dikisar. Tumiskan acuan sehingga ia garing.
3. Masukkan secawan air kemudian batang sawi, udang, ayam dan fishball. Biarkan empuk.
4. Bubuhkan garam, serbuk lada putih dan cuka.
5. Masukkan mee hoon. Kacaukan hingga rata, dan masukkan secawan air dan daun sawi.
6. Tutup kuali supaya mee hoon lembik. Biarkan ia diatas api kecil selama 5-10 mins kemudian angkat.

Wednesday, February 1, 2012

Spagetti Sos Tomato (Ibu Recipe)



Bahan-Bahan:
(sukatan untuk 4-5 orang)
2 pkt spagetti (500g each), direbus
1 can mushroom, dihiris
1 kilo daging cincang

1/2 senduk minyak makan
1 cawan air
1 botol sos cili maggi
1 botol sos tomato maggi

2 keping daun salam
4 sudu makan serbuk oregano
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan spagetti, mushroom dan daging.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali dan masukkan daging cincang hingga garing.
4. Masukkan secawan air dan biarkan empuk.
5. Masukkan Sos Cili dan Sos Tomato.
6. Kacaukan hingga rata, dan masukkan Oregano, Daun Salam. Bubuhkan garam secukup rasa.
7. Biarkan ia diatas api kecil selama 5-10 mins kemudian angkat.

Monday, January 2, 2012

Brocolli Goreng Kicap

Bahan-Bahan:
(sukatan untuk 1-2 orang)
brocolli, carrot yg direbus hingga celor
1 ketul ayam dipotong kecil

3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji fishball yg dihiris

2 sudu makan kicap masin
sos hitam
1 sudu teh cuka
1 sudu makan serbuk lada hitam

1/2 senduk minyak makan
1/2 cawan air
garam

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan ayam, brocolli dan carrot.
2. Tumbuk bawang putih dan perapkan bersama kicap, cuka dan serbuk lada hitam.
3. Hangatkan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumiskan acuan sehingga ia garing. Kemudian masukkan ketulan ayam.
4. Masukkan setengah cawan air dan fishball. Masukkan brocolli dan carrot biarkan empuk.
5. Kacaukan rata, kemudian angkat.

Monday, June 13, 2011

Mee Kuah

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (sukatan untuk 2 orang)
1/2 bawang merah
sayur sawi, sukatan mengikut citarasa
udang & sotong, sukatan mengikut citarasa
mee hoon
1 senduk minyak makan
1 cawan air
garam secukup rasa
3 biji lada merah / hijau, untuk dibuat lada jeruk

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan-bahan mee, daging, udang, sotong, sayur sawi
2. Tumbuk bawang putih, kemudian hangatkan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumiskan acuan sehingga ia garing.
4. Masukkan secawan air kemudian daging. Bubuhkan garam secukup rasa.
5. Biarkan daging empuk, kemudian masukkan sayur, udang & sotong.
6. Masukkan mee kuning. Biarkan ia selama 10 mins kemudian angkat.

Wednesday, May 4, 2011

Ayam Masak Cili Padi (Ibu Recipe)
























Bahan Blend: 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah/hijau
6 biji cili padi
1 batang serai
setengah ibu jari kunyit

Bahan-Bahan Lain:
1 ekor ayam, dipotong 14

1/2 helai daun kunyit, dihiris
2 helai daun limau, dihirs
1 asam keping

1 paket triangle santan kara
1/2 senduk minyak
semangkuk air
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Hangatkan kuali dengan minyak. Masukkan bahan blend, daun-daunan, kunyit serbuk, dan biarkan ia garing.
2. Masukkan semangkuk air dan asam keeping. Selepas mendidih masukkan ayam dan biarkan empuk.
3. Masukkan santan, dan garam secukup rasa. Kacau seketika kemudian angkat.

Monday, April 4, 2011

Stirfry Celery


Bahan-Bahan:
Celery
3 ulas bawang putih
1 sudu bawang merah yg sudah dikisar
3 biji cili padi
sedikit ikan bilis
1 senduk minyak makan
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan cili padi.
2. Hangatkan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bahan tumbuk tadi.
3. Masukkan secawan air, kemudian didihkan. Masukkan celery dan goreng 5 mins.
4. Bubuhkan garam secukup rasa, kemudian angkat.

Sunday, April 3, 2011

Kari Paru


Bahan-Bahan:
1/2 senduk kecil cili serbuk
1 1/2 senduk kecil rempah kari

1 ibu jari halia
3 ulas bawang putih
1 biji lada hijau
2 senduk kecil minyak
3 pelepah daun kari
1 bunga cengkih, 1 ibu jari kayu manis & 1 bunga lawang
1 sudu besar bawang merah yg dikisar
air
paru yg telah direbus dan dipotong

Cara Memasaknya:
1. Sediakan paru yg sudah direbus dan dipotong
2. Kacaukan cili serbuk dan rempah kari di dalam satu mangkuk air.
3. Tumbukkan bawang putih dan halia sehingga lumat.
4. Hangatkan minyak di dalam kuali. Masukkan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang.
5. Tumiskan bahan yg ditumbuk itu bersama bawang merah dan acuan serbuk kari & lada sehingga garing.
6. Kemudian masukkan paru. Didihkan sehingga garing, dengan tutup kuali.
7. Selepas empuk, tabuhkan garam dan kemudian angkat.

Thursday, March 31, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi
























Sediakan Bahan Blend:
12 biji cili padi
i ibu jari kunyit basah
1 batang serai
(bahan-bahan di atas ini dihiris dan diblend, kemudian diasingkan dalam mangkuk kecil)

Sediakan Bahan Kerisik:
50 posen kelapa parut
Sedikit minyak
air
(hangatkan minyak dalam kuali dan gorengkan kelapa hingga kuning. masukkan dalam blender dan masukkan air. Blend kemudian asingkan dalam mangkuk kecil)

Sediakan Ayam:
1 kilo kepak ayam, cucikan ia dengan garam

Bahan-Bahan Lain:
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau
5 helai daun salam
(daun-daun diatas dihiris halus)
1 ibu jari lengkuas
1 sudu besar kunyit serbuk
3 asam keping
1/2 packet santan cream powder yg diblend dgn air
1/2 senduk minyak
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Hangatkan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ayam. Tinggikan api dan tutupkan kuali dengan tudung periuk.
2. Tunggu sehingga ayam itu masak dalam 10-15 mins.
3. Masukkan bahan blend, kemudian didihkan ayam itu sehingga ia empuk. Masukkan kunyit serbuk.
4. Masukkan asam keping dan lengkuas, kemudian santan. Didihkan ayam itu lagi, kemudian masukkan bahan kerisik.
5. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan daun-daunan yg dihiris. Didihkan lagi, kemudian angkat.

Wednesday, March 30, 2011

Ikan Bilis Goreng Tepung
























Bahan-Bahan:
Bahan Tumbuk:
1/4 ibu jari kunyit basah
1 sudu makan jintan halus
2 ulas bawang putih

Ikan bilis basah (bukan yg kering tau, its the wet one), sukatannya satu mangkuk kecil
1 sudu bawang merah, yg dikisar
1 biji lada hijau, dihiris
1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
air
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Sediakan bahan tumbuk dan tumbukkan ia sehingga lumat
2. Masukkan bahan itu dalam acuan, kemudian masukkan bawang merah dan lada hijau
3. Masukkan ikan bilis, tepung gandum dan tepung beras, Gaulkan acuan bersama air sehingga lumat macam jemput-jemput.
4. Hangatkan minyak dan goreng, kemudian angkat.